BERLAKU ADIL SEKALIPUN TERHADAP
ANAK SENDIRI Siapakah yang meragukan keadilan Saiyidina
Umar Ibnul Khattab r.a. tatkala baginda menjadi Khalifah Islam
yang kedua bag' Negara Islam yang berpusat di Madinah? Sungguh
baginda adalah satu-satunya pemerintah yang sangat mendalam
rasa keadiIan dan amanahnya ketika memerintah. Jika sesuatu
perintah dikeluarkan maka kepada sanak saudaranyalah yang
lebih dahulu diberi peringatan agar jangan sekali-kali mengambil
ringan terhadap perintah Allah dan RasulNya. Dan apa yang
dikatakan atau diputuskan dilaksanakan dengan perbuatan sekalipun
terhadap kaum kerabat dan sanak saudaranya sendiri. Pernah
terjadi suatu hari, tatkala baginda sedang membahagi-bahagikan
harta Baitulmal, tiba- tiba puterinya yang masih kecil datang
lalu mengambil satu dirham wang yang sedang dibahagi-bahagikan
oleh ayahnya kepada yang berhak menerimanya. Tatkala Khaiifah
Umar r.a. meminta supaya wang yang tersebut itu dikembalikan
oleh puterinya, maka anaknya itu terus lari menangis-nangis
ke rumah salah seorang keluarganya, sedang wang yang satu
dirham itu digumamnya di dalam muIutnya. Khalifah Umar r.a.
lalu mengejar puterinya itu, kemudian dimasukkan jarinya ke
dalam mulut anaknya untuk mengambil Wang dirham tersebut,
lalu dimasukkannya kembali ke dalam tumpukan Baitulmal. Kepada
sekelian umat yang menyaksikan kejadian itu Saiyidina Umar
Bin Al Khattab ra. pun berkata: Wahai sekalian umat! Ketahuilah
oleh kamu bahawa harta Baitulmal ni bukanlah untuk Umar Bin
Al Khattab serta kelUarganya, bahkan adalah milik sekalian
kaum Muslimin yang berhak menerimanya." Demikianlah tegasnya
Saiyidina Umar Ibnul Khattab menlalankan keadilan dan memelihara
amanah yang diletakkan ke atas dirinya untuk mengurus bagi
kepentingan sekelian umat Islam.
|