APA AKIBATNYA JIKA BERNIAT
KHIANAT TERHADAP ISLAM
Semasa hidupnya Rasulullah s.a.w. pernah terjadi mayat seorang
Knstian telah terbongkar keluar dan kubumya. Anas r.a."meriwayatkan:
"Ada seorang beragama Kristian yang telah memeluk Agama Islam
dan membaca Surah Al-Baqarah dan Al-Imran serta kerap menuliskan
wahyu bagi Rasulullah s.a.w. Tetapi kemudian orang itu telah
kembali murtad semula kepada ugama Kristian lalu berkata,
"Muhammad tidak tahu apa pun yang aku tulis untuknya." Kernudian
Allah telah mematikannya lalu orang itu pun dikebumikannya
tetapi pada siang hari esoknya rnereka dapati mayat orang
itu telah terkeluar dari kubumya Seolah-olah bumi tidak mahu
menerimanya. Mereka lalu berkata, ini tentunya perbuatan Muhammad
dan sahabat-sahabatnya. Merekalah yang membongkar kubur sahabat
kita dan mengeluarkan mayatnya kerana dia telah berpaling
tadah dari padanya." Maka mereka pun menggali kubumya lebih
dalarh lagi untuk mengkebumikannya sekali lagi. Tetapi pada
keesokan harinya mayat itu sekali lagi telah terkeluar dari
kuburnya. Mereka lalu berkata, "Ini tentunya perbuatan Muhammad
dan sahabat-sahabatnya." Lalu mereka pun menggali lubang kubur
kali ketiganya sedalam yang dapat mereka berbuat tetapi pada
keesokan harinya tanah masih juga mencampakkan mayat itu keluar.
Akhirnya mereka pun percaya bahawa apa yang terjadi ke atas
orang Kristian itu bukanlah perbuatan manusia hingga mereka
terpaksa membiarkan sahaja mayat itu di atas kuburannya."
Kisah ini ada tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh lmam Bukhari.
|