AKHLAK UTAMA ORANG BANGSAWAN
Di kaiangan Khalifah-Khaiifah Bani Abbasiah, Al-Ma'amun
dianggap salah seorang khalifahnya yang terbilang sekali.
Ternyata baginda bukan sahaja seorang pemerintah yang cekap
dan berkebolehan bahkan juga seorang cendikiawan, uiamak dan
ahli sastera yang berbakat. Pekertinya juga baik, penyantun
dan suka menghormati alim ulamak. Tentang keelokan pekerti
Ai-Ma'amun ni seorang uiamak pernah bercerita sebagai berikut:
Ai-Ma'amun adalah seorang Khaiifah yang luas pengetahuannya
hingga ramailah orang-orang yang belajar kepadanya termasukiah
diri saya sendiri. Pada suatu hari saya kebetulan teiah bermalam
di istananya. Jam berdetik hanya sekali, sedang suasana sekelilingnya
sudah sunyi, kaiau ada air menitik dan bumbung istana pun
akan kedengaran. Saya kira ada dua orang sahaja ketika itu
yang belum dialun mimpi. Saya pura-pura tidur tiba-tiba saya
dapati Ai-Ma'amun bangkit dari tidurnya terus menuju ke dapur.
Saya penhatikan sahaja apa yang dibuatnya. Bila baginda minum
saya dapati baginda tidak pun mengejutkan orang suruhannya.
Saya dapati lagi bahawa baginda berjalan balik keperaduannya
dengan tenang dan perlahan. Dari gerak baginda saya dapat
mengagak bahawa baginda tidak mahu mengganggu onang yang sedang
tidur. Selang beberapa jam baginda merasa kepalanya amat berat,
nafasnya kasar-kasar dan sekaii-sekaia baginda merintih dan
terbatuk-batuk, perlahan-lahan sahaja bunyinya kenana muiutnya
ditutup dengan lengan bajunya. Dan itu tahulah saya bahawa
baginda tidak mahu rintihannya itu didengar onang yang sedang
tidur. Bila fajar menyinsing baginda pun bangkit, saya pura-purna
tidur, hinggalah hampir-hampir saya teriepas dari sembahyang
Subuh. Sesudah itu saya pun bangkit tanpa diketahuinya, kerana
itu baginda bersuara - Allahu Akhbar, lalu baginda mernanggil
pelayan istana supaya mengejutkan saya. Tetapi belum pun sempat
pelayan itu masuk kedalam, saya sudah bendiri di samping baginda.
Kata saya, "Wahai Amirul Mukminin! Saya iihat dengan mata
kepala saya sendiri tentang apa yang berlaku di sepanjang
malam tadi,betapa baiknya tingkah laku Tuanku. Sekarang tahulah
saya betapa bahagianya kami sekalian berajakan Tuanku sebagai
suatu rahmat jua dari Allah s.w.t. Mendengarkan kata-kata
saya itu Khalifah hanya tersenyum sahaja sambil mengangguk-anggukkan
kepalanya.
|