AKAN DATANG WAKTUNYA

Darul Arqam bin Abi Arqam, mempergunakan rumahnya sebagai tempat pertemuan Nabi s.a.w. dengan sahabat-sahabat di Mekah. Tempatnya terasing dari banyak orang, terutam dari gangguan Quraisy. Di sinilah baginda menyampaikan tauhid, menggembirakan hati pengikut-pengikut baginda dan membicarakan mereka yang disiksa Quraisy. Al-Mustadh'afu, inilah istilah untuk pengikut Nabi saw. Di Mekah. Mereka orang-orang lemah, tetapi setia kepada Allah dan Rasul. Diancam dan disiksa, tetapi mereka bertahan dengan tabah. Di antara nama-nama mereka ialah Bilal Bin Rabah, Ammae Bin Yaasir, Khabab Bin Arrati, Suhaib Al-Rumy, Amir Bin Fuhairah, Abu Fakihah dan lain-lainnya dari pihak lelaki. Dan pihak wanita ialah Lubainah, Zunayah, Nahdyah, Ummu Unais dan lain-lainnya,Mereka mengalami penyiksaan yang luar biasa tetapi mereka mengutamakan iman dari penyiksaan itu. Quraisy menganggap mereka hamba sahaya, orang hina dan tidak mempunyai keluarga terhormat. Tetapi mereka merasa mulia dengan iman dan lslamnya. Di samping itu ada pula golongan terhormat yang masuk Islam seperti Khadijah, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abu Talib, Zubair Awwam, Musáb bin Umair dan lain-lainnya. Di antara mereka pun mengalami penyiksaan, malah dari keluarganya sendiri yang memusuhi Islam.- Kedua golongan inilah yang disebut "Assabiqunal Awwalun"pelopor pertama iman di Mekah. Merekarnengalami perlakuan yang kejam dari Quraisy, seperti juga dialami oleh Nabi s.a.w. Dalam keadaan yang sangat sulit dan penderitaan pedih, Khabab Bin Arrati mengunjungi Nabi saw. Waktu itu baginda sedang berada di dalam lingkungan Kaabah. Jadi bukan di rumah Arqam Bin Abi Arqam. "Adakah Tuan tidak akan berdoa kepada Allah?" demikian Khabab bertanya dalam bentuk ingin agar Nabi s.a.w. berdoa kepada Allah. tj :tL Demikian besarnya penyiksaan Quraisy yang mereka tanggongkan, apakah belum tiba waktunya mengharapkan bantuan Allah. lnilah yang terlintas di hati Khabab, apalagi dia pernah disiksa oleh tuannya dengan besi panas. Entah juga ada yang lain yang berpendapat seperti Khabab ni, tapi hanya Khabab inilah yang berterus-terang mengatakan kepada Nabi s.a.w. Mendengar kata-kata Khabab yang demikian itu, Nabi saw. jadi terduduk. Wajah baginda menjadi merah sebagai tanda tidak menyukai anjuran Khabab. "Orang-orang dahulu sebelum kamu ni mengalami tubuhnya disisir dengan sisir besi, pun juga daging dan urat saraf. Namun dia tidak berubah pendirian dalam agamanya. Ada yang digergaji kepalanya, sampai belah dua, pun juga tidak berpaling dari agamanya." "Allah akan menyempurnakan urusan ini (Islam) sehingga orang berkenderaan yang berangkat dari Saná ke Hadramaut tidak ada yang ditakutinya kecuali Allah; pun serigala atas kambingnya. Tetapi sayang sekali, kamu ingin cepat-cepat sahaja datangnya (semua itu)" Demikian kata Nabi saw. atas anjuran Khabab. Keterangan Nabi s.a.w. ini mengandungi erti yang dalam sekali. Baginda ingatkan masa mendatang akan jayanya Islam dan keamanan yang penuh sampai tenjamin orang berpergian. Tetapi baginda kenangkan pula bagaimana orang-orang dahulu bertahan dengan imannya walau disisir dagingnya, dan digengaji kepalanya. Pendenitaan itu jembatan emas untuk mencapai kejayaan. Kerana itu Ialuilah dengan sabar dan penuh tawakal. Rasulullah saw. tidak mahu cepat mengangkat tangan meminta bantuan Allah. Tetapi baginda pun memahami pula bagaimana penyiksaan yang bertambah sengit kepada pemeluk-pemeluk Islam. Harus dicari jalan keluar bagaimana sebaiknya ikhtiar harus digunakan sedapat mungkin. Akhirnya baginda mendapat jalan, iaitu memindahkan pengikut-pengikut Islam ke negeni Habsyah atau Ethiopia sekarang. "KiranYa kamu dapat pergi ke Habsyah. Disana tidak ada seorang pun yang mendapat penganiayaan dan rajanya. Habsyah itu bumi yang balk (benar) sampai Allah nanti memberikan kelapangan dan jalan keluar dari kesulitan yang kamu tanggungkan." Demikian kata Nabi saw. memberi izin berhijrah. Baginda izinkan pergi ke Habsyah dan inilah hijrah pertama kali, yang dilakukan dalam bulan Rejab setelah lima tahun baginda menjadi Rasul. Nabi s.a.w. mulai melepas seorang demi seorang yang hijrah ke Habsyah. Di antaranya anak kandung baginda yang perempuan laitu Ruqayah dengan suaminya, Uthman Bin Affan, sebagai orang pertama yang hijrah. Waktu baginda mendengar cerita keberangkatannya baginda menyambutnya dengan ucapan: 'Sesungguhnya Uthman orang yang mula-mula hijrah dengan keluarganya sesudah Nabi Luth dahulu.' Rasulullah saw. bagaimanapun tetap bertahan di mekah, menyampaikan dakwah Islam, teman yang belum hijrah dan musuh yang tambah ganas.

homeabout ushomeabout us