Abu Talhah yang dermawan
Abu Talhah adalah seorang sahabat Rasulullah saw. yang akrab
dari golongan Ansar. Beliau adalah seorang hartawan Ansar
yang dermawan. Abu Talhah mempunyai sebidang kebun kurma yang
pahng di sayanginya, bernama kebun Bairaha. Letak kebun tu
betul-betul berhadapan dengan Masjid Madinah, dan Rasulullah
sendiri suka dan sering minum air yang ada dalam kebun itu.
Pada suatu hari, Abu Talhah mendengar telah turun satu ayat
yang berbunyi lebih kurang demikian maksudnya:
"Karnu tidak akan memperoleh kebajikan hanyalah jika
kamu nafkahkan sebahagian dari harta yang karnu sayangi. Apa
yang kamu nafkahkan itu, sesungguhnya Allah mengetahuinya."
-Surah Al-Imran: 92.
Setelah mendengar ayat tersebut, Abu Talhah pun terus pergi
menemui Baginda Rasul lalu menyatakan maksudnya untuk menyerahkan
harta yang paling disayanginya, iaitu kebun Bairaha bagi kepentingan
Islam. Katanya terserahlah kepada Rasulullah s.a.w. kepada
siapa dan untuk apa dipergunakan. Sesudah Rasulullah s.a.w.
menghargai maksud Abu Talhah itu, hal mana merupakan satu
amal bakti yang akan mendatangkan keuntungan terus-menerus,
maka baginda menganjurkan supaya Abu Talhah menyerahkannya
kepada keluarganya sendiri yang
terdekat. Akhirnya saranan dan nasihat Rasul itu dijalankannya.
Kebun yang paling disayanginya tu diserahkannya kepada kaum
kerabat dan anak-anak bapa saudaranya. Demikian contoh yang
baik dari seorang yang benar-benar beriman kepada Allah dan
Rasulnya, sedikit pun ķa tidak teragak-agak untuk memberikan
harta yang paling disayangi bagi menegakkan cita-cita Islam
yang murni.
|