ABU QULABAH DENGAN AHLI KUBUR
Pada zaman dahulu di negeri Arab hiduplah seorang saudagar
yang kaya raya. Hidupnya sehari-hari serba cukup. Anak-anaknya
semuanya dimanjakan, tiada dididik dengan baik. Sehari-hari
anak-anaknya selalu bersenang-senang, berpoya-poya dengan
wang. Pada suatu hari saudagar yang kaya raya tu jatuh sakit.
Sudah berkali-kali diubatkan tetapi belum sembuh juga. Di
daam keadaan yang payah ini anak-anaknya tidak menghiraukan
keadaan ayahnya. Mereka tetap berpoya-poya menghamburkan wang.
Apalagi ayahnya sekarang sudah tidak boleh mengawal harta
bendanya agi. Tentu sahaja ayahnya sangat mengambil berat
melihat kelakuan anaknya. Da mulai merasakan betapa ruginya
mempunya anak yang tidak terddik. Hatta, lama kelamaan sakitnya
selalu bertambah sehingga saudagar yang terkenal kaya itu
akhirnya mati. Harta paninggalannya yang berlimpah-limpah
tu kemudian digunakan oleh anaknya semahu-mahunya untuk memuaskan
hawa nafsu. Pada suatu malam, ada orang yang bernama Abu Qulabah
tidur di kuburan di mana saudagar kaya itu dikebumikan. Di
dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat kuburan seakanakan
terbelah menjadi dua. Dari celah belahan itu dia melihat orang
banyak sekali keluar. Sungguh aneh sekali, kerana orang-orang
yang baru keluar dan kuburan semuanya membawa penyuluh. Dan
setiap penyuluh mengeluarkan cahaya yang kemilau menerangi
jalannya sendiri-sendiri. Akan tetapi dan sekian banyak penyuluh,
ada satu penyuluh yang tidak bercahaya. Abu Oulabah mengetahui
bahawa penyuluh yang tidak bercahaya itu adalah kepunyaan
saudagar kaya yang baru meninggal itu. Wahai saudara!" seru
Abu Qulabah dalam mimpinya. "Mengapa penyuluhmu tidak mengeluarkan
cahaya seperti orang lain?" tanya Abu Qulabah. "Betul, ya
Abu Qulabah! Sesungguhnya aku sangat malu terhadap teman-temanku
di sini. Mereka itu mempunyai sanaksaudara dan anak-anak yang
soleh. Hampir setiap hari mereka mendapat kiriman doa-doa
dan sedekah dari keluarganya yang masih hidup. OIeh sebab
itu layaklah kalau mereka sekarang mempunyai penyuloh yang
bercahaya, sebagai pelita di alam kubur yang gelap ini. Sedangkan
aku selalu kegelapan sehari-harinya. "Aku mempunyai anak di
dunia tetapi kerana dulu aku tidak mempedulikan pendidikan
mereka, sekarang aku dilupakan. Tidak pernah sama sekali mengirim
doa kepadaku. Setiap harinya selalu berpoya-poya memuaskan
hawa nafsu mereka. Harta peninggalanku tidak pernah digunakan
untuk bersedekah kepadaku. lnilah kelalaianku di dunia, sehingga
hartaku yang banyak itu tidak bermanfaat sama sekali bagiku."
Sampal di situlah Abu Qulabah terbangun, mengingatingat mimpinya
itu. Hatinya menjadi hiba mengingat nasib saudagar yang malang
itu. Poda keesokan harinya, Abu Qulabah pergi ke rumah anak
saudagar itu untuk mengkhabarkan tentang mimpinya, Setelah
mimpinya yang semalam diutarakan kepada anakanak saudagar
itu, dengan rasa haru mereka menyesali perbuatan meneka selama
ni. Mereka berjanji akan mengubah sikap dan akan mendoakan
ayah mereka setiap waktu. Berselang beberapa bulan mimpinya
yang pertama Abu Qulabah pada suatu malam bermimpi bertemu
dengan saudagar itu lagi. Kali saudagar itu membawa penyuluh
yang bersinar cemerlang melebihi teman-temannya yang lain.
Saudagar itu kemudian mendekatinya lalu mengucapkan tenmakasih
kepadanya. Demikianlah pada keesokan harinya Abu Qulabah datang
menceritakan mimpinya yang kedua kepada anak saudagar tadi.
Mereka pun kemudian mengucapkon terimakasih kepada Abu Qulabah
yang telah menyelamatkan ayah mereka dari kegelapan di alam
kubur.
|