BERKATA BENAR SEKALIPUN PAHIT
DIDENGAR
Muawiyah Bin Abu Sufian adalah seorang tokoh yang terkenal
dalam sejarah umat Islam, Dialah tokoh pembesar Arab yang
mengasaskan Kerajaan Bani Umaiyah serta mengubah corak pemerintahan
Islam dan berbentuk demokrasi kepada monarki iaitu sistem
beraja. Sebagai seorang raja baginda sangat ditakuti oleh
sekalian rakyat jelata. Pada suatu hari sedang Muawiyah Bin
Abu Sufian duduk bersemayam di atas takhtanya, dihadap oleh
orang-orang besar, maka baginda pun lantas bertanya: Wahai
pembesar-pembesar sekalian! Beritahukanlah kepadaku siapakah
manusia yang paling mulia dari ayah, emak, datuk, ayah saudara
dan ibu saudaraku?" Pertanyaan Muawiyah lantas dijawab oleh
seorang pembesar Arab bernama Annu'man Al Zirqi. Dengan beraninya
dia mengangkat tangan Saiyidina Hassan r.a. cucu Baginda Rasulullah
saw. seraya herkata: "Inilah dia orangnya ya Amirul Mukminin!
Bapanya Ali bin Abu Talib, ibunya Fatimah Az-Zahra, datuknya
Rasulullah saw., neneknya Khadijah, ayah saudara sebelah ayahnya,
Jaafar dan ibu saudara sebelah ayahnya, Ummu Hani binti Abu
Talib, ayah saudara sebelah ibunya, Al Kassim, ibu saudaranya
dan sebelah ibunya, Zainab. Dialah orangnya yang paling mulia
yang tidak ada tolok bandingnya dan dialah orang yang paling
utama yang tidak ada timbang taranyao" Demi setelah berkata-kata
itu lain-lain pembesar terus memandang Annu'man dengan pandangan
benci kerana kebanyakan mereka adalah penyokong kuat Muawiyah.
Tetapi Annu'man adalah seorang tokoh yang tegas serta berani
berkata benar sekalipun pahit bagi khalifah mendengarkannya.
Padahal yang seharusnya dimuliakan ialah Muawiyah kerana ketika
itu bagindalah yang menjadi khalifah bagi seluruh umat Islam.
Tetapi oleh kerana Annu man seorang yang beriman ia tetap
berkata benar tanpa sedikitpun rasa takut di hadapan seorang
Raja yang diakui besar kekuasaannya ketika itu.
|