Abu Hanifah imam yang sabar

Nama imam Abu Hanifah memang tidak asing lagi di kalngan umat Islam baik dulu mahupun sekarang .Beliau adalah salah seorang daripada empat orang mazhab yang sangat dihormati dan disayangi oleh umat Islam. Imam Abu Hanafiah bukan saja terkenal sebagai seorang ulama yng dalam ilmu agamanya,sangat taqwanya kepada Allah S.W.Ttetapi juga seorang yang terkenal kerana kesabaran dan kebaikan hatinya. Pernah suatu hari semasa beliau sedang mengajar murid-muridnya di sebuah masjid,dating seorang lelaki yang mencecarnya dengan kata-kata yang kest dan kotor.Namun beliau sedikit pun tidak mempedulikannya ,jauh sekaali hendak membalas cercaan-cercaan itu dengan kata-kata ang serupa. Tetapi oleh kerana orang yang biadab itu tidak henti-henti mencerca beliau,maka murid-murid dan para sahabat nya pun meminta Abu Hanifah supaya hen tikan sahaja pengajarannya untuk disambung pada suatu ketika lain.Imam Abu Hanifah pun setuju lalu beliau pun bangkit dan berjalan pulang Tetapi semasza perjalanan pulang lelki yang biadab itu masih lagi mengekorinya dari belakang.Mulutnya masih terus membebil tanpa merasa malu terhadap oaring-orang lain ang melihatkan kelakuannaya itu. Hatta,setelah sampai di rumah Abu Hanifah,Imam yang sangat penyabar itu berdiri sambil berpaling,seraya kata-katanya: "Saudara ,inilah rumah saya .Kalau saudara rasa masih belum puas lagi mencerca saya masih ada lagi sesuatu yang berbuku di hati saudara,keluarkanlah semuanya supaya saudara beroleh puas dan tidak menaruh dendam kepada saya lagi." Mendengar jawapan itu,lelaki itu pun akhirnya merasa malu lalu beredar dari situ tanpa apa-apa bicara lagi.

homeabout ushomeabout us