ADAB DAN AKHLAK
1.
Budi Pekerti yang Baik
Terjemahan
Daripada Abu Hurairah (r) katanya: Sabda Rasulullah (s. a.
wj: "Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah rnereka
yang lebih baik budi pekertinya dan sebaik-baik kamu ialah
rnereka yang baik budinya terhadap wanita mereka." (Tarmizi)
Pengertian
Dalam hadis ini Rasulullah (s.a.w.) menerangkan bahawa orang
yang lebih sempurna iman di kalangan Mukmin ialah yang lebih
baik akhlaknya dan orang yang terpilih ialah yang sebaik-baik
kamu terhadap kaum wanita dan golongan yang lemah. Kesimpulan
Kesempurnaan iman seseorang adalah berteraskan budi pekerti
yang baik. Sebagaimana pemilihannya hendaklah berdasarkan
ketinggian akhlaknya.
2.
KeJujuran
Terjemahan
Daripada Tamin Ibni Aaus Ad-Dari (r) Nabi (s.a.w.) bersabda:
"Agama ialah (nasihat) kejujuran." Kata kami untuk siapa?
Sabdanya: terhadap Allah. Kitab-Nya. Rasul-Nya. pemimpin-pemimpin
dan kaurm Muslimin umumnya." (Muslim)
Pengertian
Dalam hadis ini Nabi kita (s.a.w.) menerangkan bahawa agama
menganjurkan kejujuran yang tidak berbelah bagi terhadap Allah.
Kitab-Nya, Rasul-Nya dan seluruh umat Islam amnya. Di kalangan
orang Islam tidak terdapat penasaan curiga-mencurigai antara
satu sama lain. Kesimpulan Sebuah masyarakat walau bagaimana
tinggi ilmu pengetahuan tidak dapat mempertahankan kemajuannya
tanpa moral dan akhlak yang tinggi. Kejujuran adalah salah
satu dari syarat-syaratnya.
3.
Jagalah Peraturan
Terjemahan
Daripada Abi Said Al-Khudri (r) dan Nabil (s.a.w.) sabdanya:
awasilah kamu dari berhimpun di iepi-tepi jalan." Kata mereka:
"Kami terpaksa mengambil tempat untuk berbincang." Sabdanya:
"Sekiranya kami rnemerlukan juga maka patuhilah peraturan
jalan raya. Kata mereka: "Apakah peraturannya?" Sabdanya:
"Memejam mata, mencegah gangguan, menjawab salam dan memerintah
dengan kebaikan dan melarang dari, kemungkaran." (Syaikhan)
Pengertian
Dalam hadis ini Nabi kita (s.a.w.) memerintah supaya mematuhi
peraturan dan adab tertentu di waktu berada di tepi jalan
naya. Antara adab-adab tersebut ialah menjaga pandangan supaya
tidak melihat perkana-perkara yang dilarang, jangan mengganggu
orang lain dan menyuruh dengan makruf dan mencegah dari kemungkaran.
Kesimpulan Patuhilah peraturan dalam segala urusan hidup.
Setiap gerak langkah ada mempunyai peraturan tertentu untuk
kebaikan sebuah masyarakat itu sendiri.
4.
Pergaulan Yang Baik
Terjemahan
Daripada Maarur katanya: Saya Iihat Abu Zar (r) atasnya sehelai
pakaian dan atas budak suruhannya jenis pakaian yang sama,
saya bertanya mengenainya. Jawabnya aku pernah memaki orang
dan memalukannya derigan ibunya: Lalu sabda Rasulullah (s.a.w.)
Sesungguhnya kamu seorang yang masih ada kesan-kesan jahiliyah.
Mereka (hamba) adalah saudara dan khadam kamu yang telah diletakkan
Allah di bawah perintah kamu. Maka sesiapa yang ada saudara
di bawah perintahnya hendaklah memberi mereka makanan dari
apa yang dimakannya, memberi pakaian dari apa yang dipakainya
dan jangan cuba rnemaksa mereka dengar bebanan yang berat.
Sekiranya kamu memaksa maka hendaklah menolong sama. (Syaikhan)
Pengertian
Dalam hadis ini Rasulullah (s.a.w.) mengingatkan hahawa: Orang
suruhan (hamba sahaya) yang ada bawah jagaan seseorang itu
adalah saudaranya. Mereka hendaklah diberi hak yang sama,
sama ada dari segi pergaulan, layanan dan kemudahan-kemudahan
yang lain. Jangan sekali-kali memaksa mereka dengan urusan-urusan
yang tidak dapat mereka laksanakan dan hendaklah sentiasa
memberi pertolongan dalam kerja-kerja mereka. Kesimpulan Anggaplah
orang suruhan itu sebagai saudaraa kamu. Berilah hak yang
sama kepada mereka sebagai saudara dan kalau perlu berilah
pertolongan dan bimbingan yang baik.
|