KESAKSIAN JIN TERHADAP SUARA
AZAN PADA HARI KIAMAT
ABU SA'ID A1-Khudri berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda
yang maksudnya: "Sesungguhnya aku melihat kami. sangat cinta
kepada kambing dan ladang tempat kami. mengembala, kerana
itu bila kamu sedang berada di tengah kambingmu dan padang
gembalamu kemudian kamu azan untuk mengerjakan solat, maka
keraskanlah suara azanmu kerana sesungguhnya tidaklah jin,
manusia dan apa saja yang mendengar gema suara orang yang
azan, kecuali dia akan menjadi saksi pada hari kiamat." (HR
Bukhani & Ibn Majah) Justeru itu, bila mendengar suara azan,
syaitan akan mengeluarkan angin beserta suara supaya tidak
mendengar suara azan kerana jika ia mendengarkannya, maka
dia akan menjadi saksi bagi orang yang azan itu pada han kiamat
sedangkan dia adalah musuh bagi orang Mukmin; bagaimanakah
dia akan memberi kesaksian bagi musuhnya? Abu Hurairah berkata,
bahawa Rasulullah SAW bersabda, Yang maksudnya: "Bila diserukan
suara azan untuk mengerjakan solat, maka syaitan akan lari
lintang pukang serta mengeluarkan angin yang bercampur dengan
suara supaya mereka tidak mendengar suara azan tersebut. Bila
azan telah berhenti merekapun datang lagi hingga bila dibacakan
iqamah untuk mengerjakan solat menekapun lari lintang pukang;
bila lqamah telah selesai, maka merekapun datang lagi untuk
mengoda orang yang sedang mengerjakan solat serta mengatkan
"Ingatlah ini dan ingatlah itu,unutk perkara-perkara
yang tadinya tidak teringat,hingga orang yang mengerjakan
solat itu tidak tahu berapa rakaat solat yang sudah dikerjakan
.''
[HR Bukhari Muslim & An-Nasa'i]
|