JIN PERNAH MEMBERITAHU TEMPAT PERSEMBUNYIAN RASULULLAH SAW
IBN ISHAQ berkata: Aku pernah mendengar berita tentang Asma' bahawa dia berkata: "Ketika Rasulullah SAW berhijrah bersama Abu Bakar, beberapa orang kafir Quraisy termasuk Abu Jahal datang kepadaku lalu mereka berdiri dimuka pintu rumah Abu Bakar, kemudian aku keluar untuk menemui mereka. Mereka bertanya kepadaku: "Kemanakah bapamu?" Aku menjawab: Derni Allah, sesungguhnya aku tidak tahu di mana bapaku berada." Asma' berkata: "Kemudian Abu Jahal yang keji itu, rnengangkatkan tangannya menampar pipiku sampai anting-antingku terjatuh dan selepas itu mereka pun pergi." Asma' berkata: "Tiga malam lamanya kami tinggal di rumah, tidak tahu kemana Rasulullah SAW pergi hingga akhirnya datang seorang jin dari bawah Makkah mendendangkan syairnya sebagaimana nyanyian orang-orang Arab. Orang-orang pada waktu itu mendengarkan suaranya tetapi mereka tidak melihatnya, sehingga jin itu keluar dari ataS Makkah sambil bersyair: "Allah Maha Kuasa atas manusia dan melimpahkan pahala sebaik-baiknya kepada dua sahabat yang memasuki dua khemah Ummu Ma 'bad. Kedua-duanya turun, kernudian istirehat beruntunglah orang yang menjadi teman Muhammad. Biarlah martabat Bani Ka 'ab menjadi hina dan kedudukan kaum Mukmin bertambah kuat."

homeabout ushomeabout us