NABI IDRIS MENIKAM MATA IBLIS
DALAM sebuah kitab diterangkan bahawa pada suatu hari sedang
Nabi Idris as duduk menjahit bajunya, maka dengan tiba-tiba
berdiri di hadapan pintu rumah Nabi Idris seorang lelaki yang
tidak dikenali dan di tangan orang itu memegang sebiji telur,
lalu orang itu berkata: "Wahai Nabi Allah Idris! Bolehkah
Tuhan kamu memasukkan dunia ini ke dalam telur yang aku pegang
ini?" Apabila Nabi Idris mendengar kata-kata orang itu maka
tahulah ia bahawa yang sedang bercakap dengannya itu adalah
Iblis. Lalu Nabi Idris pun berkata kepadanya: "Datanglah dekat
denganku dan tanyalah apa yang kamu hendak ketahui." Setelah
Iblis menghampiri Nabi Idris, lalu Iblis itu pun berkata:
"Wahai Nabi Allah Idris, bolehkah Tuhanmu itu memasukkan dunia
ke dalam telur ini!" Maka Nabi Idris pun berkata: 'Tuhanku
boleh memasukkan dunia ke mana saja,jangankan dalam telur
yang kamu pegang itu, bahkan ia dapat memasukkan dunia ini
ke dalam lubang jarum yang aku pegang." Setelah menjawab soalan
yang dikemukakan oleh Iblis itu Nabi Idris dengan pantas mencucuk
mata Iblis dengan jarum yang ada di tangannya. Maka terperanjat
Iblis itu sebab tldak diduga sama sekali bahawa Nabi Idris
telah mencucuk matanya dengan jarum yang dipegangnya, lalu
Iblis itu pun lari meninggalkan Nabi Idris yang telah membutakan
sebelah matanya. Iblis itu buta sebelah matanya hingga tibalah
dibangkitkan Junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
|