IBLIS MEMPERDAYA SITI HAWA
IBLIS berusaha untuk bersemayam dalam setiap hati manusia,
mengikuti gerak-gerinya dengan harapan akan dapat menghancurkan
dan memusnahkan kehidupan seseorang. Dalam sebuah cerita disebutkan
bahawa pada suatu hari Nabi Adam a.s keluar rumah untuk mencari
nafkah, maka datanglah Iblis bersama anaknya yang bernama
Khannas menemui Hawa. "Aku ingin menumpangkan anak ku di sini,
kerana ada satu keperluan yang penting, aku harus pergi sendiri,"
kata iblis. Kemudian Hawa menerima anak Iblis tersebut. Ketika
Nabi Adam pulang, dia bertanya; "Anak siapakah ini?" Hawa
menjawab; "Iblis menumpangkannya kepada ku." Adam menjadi
marah, lalu Khannas dibunuhnya dan dipotongpotongnya. Kemudian
setiap potongan badan Khannas disangkutnya di atas dahan-dahan
pohon kayu. Setelah itu Adam pergi lagi. Tidak lama kemudian
Iblis datang dan menanyakan tentang anaknya. Hawa menceritakan
kepada Iblis tentang apa yang telah terjadi. Lalu Iblis memanggil
nama anaknya maka kepingan-kepingan tubuh Khannas bersatu
lagi, kemudian menyambut kedatangan ayahnya Iblis. Pada kesempatan
yang lain ketika Iblis ingin pergi kerana keperluannya, ia
menumpangkan anaknya lagi kepada Hawa. Hawa menolak untuk
menerima anaknya itu. Tapi dasar iblis pandai merayu, sekali
lagi Hawa menerima anak Iblis tersebut. Ketika Nabi Adam pulang
dari mencari nafkah didapatinya anak Iblis itu masih ada lagi,
Adam menjadi marah sebenar benar marah. Dibunuh anak itu,
mayatnya dibakar, abunya dibuang ke sungai-sungai dan ke merata
tempat. Ketika Adam telah pergi Iblis datang lagi menanyakan
tentang anaknya. Kemudian ia memanggil nama anaknya, dan seluruh
abu tadi bersatu kembali dan anak itu hidup lag Kernudian
menumpangkan anaknya itu kepada Hawa lagi "Kali inii pastilah
Adam akan membunuh ku", kata Hawa. Namun Iblis yang pandai
merayu itu dapat melemahkan hati Hawa sehingga menerima kembali
anak tersebut. Kemudian Adam pulang, kemarahannya sudah tidak
tertahan, lalu anak Iblis itu disembelihnya dan dimasaknya.
Kemudian sebahagian dimakannya dan sebahagian lagi diberikannya
kepada Hawaa Ketika Iblis datang Hawa menceritakan apa yang
telah terjadi. "Inilah yang ku inginkan', kata Iblis. "Aku
ingin bersemayam di dada Adam, dan kini hasrat itu telah terkabul.
Sejak saat itu Iblis selalu berada dalam diri manusia. Iblis
termasuk makhluk yang tabah dalam menggoda manusia. ia berusaha
berbagai upaya untuk memperdayakan manusia, dan bahkan ia
bermohon kepada Allah agar hidup sampai hari kiamat untuk
melakukan hasratnya itu. Namun tidak semua orang terpedaya
dengan bisikan dan rayuan iblis ini. Orang-orang yang beriman
dan beramal soleh selalu menjaga dirinya dari mengikutj ejak
langkah Iblis. Contohr Nabi Ayub yang merupakan lambang "kesabaran,"
sebab beliau tetap sabar dalam menerima cubaan.
|