JIN SELALU INGIN MENCURI BERITA DARI LANGIT
DALAM sebuah hadis diterangkan: "Dari Ibnu Abbas ra ia berkata: telah bercerita kepada salah seorang sahabat Rasulullah SAW bahawa ketika mereka sedang duduk bersama Rasulullah SAW pada suatu malam, tiba-tiba kami melihat ada tahi bintang yang dilemparkan kemudian menyala terang, lalu Rasululi SAW bertanya kepada mereka. "Kalau melihat hal yang demikian itu, apa yang kamu katakan pada zaman Jahiliyyah dahulu?" Mereka menjawab: "Kalau dahulu kami berpendapat bahawa orang besar telah lahir atau orang besar telah mati." Rasulullah SAW bersabda "Sesungguhnya tahi bintang itu tidak dilemparkan kerana kelahiran dan tidak pula kerana kematian seseorang, akan tetapi Tuhan kita bila Ia memutuskan sesuatu perkara maka bertasybih para (malaikat) pemikul Arasy begitu juga dengan penduduk langit hingga berita ini sampai ke dunia lalu jin berusaha mencuri dengan cara mendengar berita tersebut untuk disampaikan kepada para pemimpin mereka. Para wali syaitan itu menyampaikan ramalan sesat dengan apa yang mereka bawa, dan benar akan tetapi mere/ca telah menambahkannya." "Dan Aisyah ra ia berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW sesungguhnya para peramal (dukun) itu meramalkan sesuatu kemudian terjadi sesuai dengan yang diramalkannya?" Rasulullah SAW bersabda: "1a adalah kalimat yang benar yang dicuri oleh jin kemudiafl disampaikannya ke telinga para walinya kemudian mereka menambahkannya dengan seratus kebohongan." (HR Bukhari)

homeabout ushomeabout us