IBLIS MENGHUKUM SYAITAN YANG GAGAL MENGGODA MANUSIA
DALAM kitab Thanbihul Ghafilin menerangkan bahawa apabila tiba waktu solat iblis laknat akan menyuruh tenteranya yang terdiri dari syaitan supaya menyibukkan manusia dengan kesibukkan hingga melalaikan mereka dari mengerjakan solat. Apabila tiba waktu solat,syaitan-syaitan akan mengganggu manusia sehingga luput waktu solat. Kalau syaitan itu gagal berbuat demikian maka syaitan itu akan mengganggu mereka yang mengerjakan solat dengan cara menyuruh mereka supaya tidak menyempurnakan rukuk dengan betul, tidak menyempurnakan sujud dengan betul, begitu juga dari segi bacaan dan tasbih. Dikisahkan juga kalau syaitan itu tidak dapat mengganggu mereka yang mengerjakan solat maka akan kembali ia dengan perasaan rugi dan hina. Apabila syaitan itu kembali kepada Iblis laknat kerana ia gagal mengganggu orang yang mengerjakan solat, Iblis laknat akan memerintahkan supaya syaitan itu diikat dan dilemparkan ke dalam laut. Dikisahkan juga kalau syaitan itu berjaya mengganggu orang yang mengerjakan solat atau berjaya melalaikan dan mengerjakan solat maka syaitan itu akan dipuji dan dimuliakan dan diagung-agungkan. Berkata Abul laits Assamarqandi: "Sesungguhnya kamu mempunyai empat musuh yang sangat memerlukan kesungguhan kamu untuk menghadapinya.
1. Dunia (kehidupan dunia) Allah SWT.telah berfirman yang bermaksud: "Maka janganlah sekali-kali kamu semua ditipu oleh dunia (kehidupan dunia)."
2. Nafsu lbnu Abbas r.a. berkata: "Musuhmu yang paling ketat dan sangat merbahaya ialah nafsumu, dia itu berada di antara dua rusuk kamu."
3. Syaitan dari Jin Syaitan dari jin, maka hendaklah memohon perlindungan kepada Allah SWT dan tipu dayanya.
4. Syaitan dari Manusia Syaitan dari manusia, maka hendaklah kamu berhati-hati dari mereka, kerana mereka itu lebih dahsyat dari syaitan dan jin sebab syaitan dan jin menyesatkan manusia hanya dengan bisikan sahaja. Adapun syaitan dan manusia itu menyesatkan manusia dengan mata yang boleh dilihat akan perkara-perkara jahat dan kadang-kadang mereka memberi pertolongan untuk mengerjakan yang jahat dan baik.

homeabout ushomeabout us